ad
AGENDA

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,627 orang takat 8 pagi ini

5 Mei 2025, 1:51 AM
Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,627 orang takat 8 pagi ini
Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,627 orang takat 8 pagi ini

KOTA KINABALU, 5 MEI: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang daripada 488 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 1,526 orang daripada 455 keluarga 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS itu ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

Sementara itu di Beaufort, 359 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

"19 kampung masih terjejas banjir, iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

[caption id="attachment_699563" align="aligncenter" width="1550"] Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Mempulut, Keningau pada 2 Mei 2025. Foto Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.