SHAH ALAM, 4 MEI: Program Arkib Komuniti 2025 yang mengumpulkan pelbagai koleksi bersejarah anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM) diadakan di Galeri Warisan Klang 17 Mei ini.
Dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), program bertujuan memelihara warisan sejarah itu bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Menurut ANM, antara jenis bahan yang boleh diserahkan seperti gambar, video, peta, dokumen, diari, koleksi sambutan kemerdekaan dan buku resipi.
Selain itu, turut diterima nota tulisan tangan, kitab ulama, salasilah keluarga dan keratan akhbar berkaitan peristiwa.
Untuk maklumat lanjut atau borang permohonan, orang ramai boleh mengimbas kod QR di poster atau hubungi 03-62091829/1830/1831/1832.