ad
AGENDA

Dua penunggang maut kemalangan, motosikal terbakar

4 Mei 2025, 2:30 AM
Dua penunggang maut kemalangan, motosikal terbakar

NIBONG TEBAL, 4 MEI: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an, maut akibat parah, termasuk melecur anggota badan.

Beliau berkata enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam.

“Kemalangan melibatkan dua motosikal yang terbakar anggaran kemusnahan kedua-dua kenderaan itu 80 peratus.

“Terdapat dua mangsa dalam kejadian ini. Seorang parah di bahagian kaki akibat tersepit dan melecur, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi terbakar dan melecur 50 peratus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.