ad
ADN

DUN Seri Kembangan lahir 1,000 duta pelancongan kuasai media sosial

4 Mei 2025, 2:00 AM
DUN Seri Kembangan lahir 1,000 duta pelancongan kuasai media sosial
DUN Seri Kembangan lahir 1,000 duta pelancongan kuasai media sosial
DUN Seri Kembangan lahir 1,000 duta pelancongan kuasai media sosial

SHAH ALAM, 4 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dalam usaha melahirkan 1,000 duta pelancongan bagi memperkenal tempat menarik di kawasan itu dengan sokongan komuniti setempat.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata program julung kali itu memberi tumpuan kepada latihan kemahiran pengendalian media sosial, sebagai strategi promosi yang lebih berkesan.

"Kami bekerjasama dengan Portman College bagi program Duta Pelancongan Serdang, kita merancang untuk memberi latihan kepada 1,000 warga Serdang menguasai teknik bagaimana buat video pendek, TikTok.

[caption id="attachment_699515" align="alignleft" width="398"] Wakil rakyat Seri Kembangan Wong Siew Ki. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Usaha ini agar duta-duta ini berkongsi keindahan dan keistimewaan Sri Kembangan dan Serdang kepada pelancong di luar sana," katanya pada Bengkel Membuat Video dan Majlis Pelantikan Duta Pelancongan Serdang di Portman College, Seri Kembangan semalam.

Sesi latihan pertama itu melibatkan 50 peserta yang mempelajari teknik membuat kandungan kreatif, fotografi asas serta strategi menggunakan platform sosial seperti Instagram dan TikTok.

Menurut Siew Ki, pihaknya mensasarkan peserta berumur seawal 13 tahun yang akan menerima ganjaran berupa sijil, lencana dan kemeja T selain diraikan dalam majlis yang dirancang.

"Sebanyak 20 sesi latihan dengan bilangan 30 hingga 50 peserta dirancang sepanjang tahun dengan sasaran melatih sekurang-kurangnya 1,000 duta menjelang hujung tahun ini.

"Kita juga mengadakan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO), pusat tuisyen dan pihak sekolah untuk mendapatkan peserta," katanya.

[caption id="attachment_699516" align="alignnone" width="816"] ADN Seri Kembangan Wong Siew Ki (kanan) menyampaikan sijil penyertaan dan kemeja T kepada peserta pada Bengkel Membuat Video dan Majlis Pelantikan Duta Pelancongan Serdang di Portman College, Seri Kembangan pada 3 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau menekankan kempen itu bukan sahaja menyasar pelancong luar, tetapi bertujuan menggalakkan komuniti tempatan meneroka dan menghargai nilai pelancongan di kawasan sendiri.

"Dengan penglibatan aktif komuniti, potensi pelancongan Serdang dapat digerakkan secara mampan dan inklusif.

"Usaha ini juga selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk merakyatkan pelancongan dan menjadikannya sumber ekonomi alternatif kepada penduduk setempat," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.