SABAK BERNAM, 3 MEI: Pesawah di negeri ini bakal diperkenal dengan penggunaan baja premium 5 menggunakan teknologi maju dan lestari bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.
EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata sudah tiba masanya pesawah menggunakan baja formulasi agronomi moden yang memulakan penyelidikan dan pembangunan sejak 2016.
“Penggunaan baja ini telah melalui projek rintis melibatkan pesawah di Sungai Leman sejak Julai tahun lalu. Ternyata projek ini berjaya apabila tiga pesawah menunjukkan potensi cemerlang dengan pengeluaran hasil melebih 10 tan.
“Kerajaan Negeri sentiasa memberi peluang kepada mana-mana syarikat membuktikan kejayaan produk masing-masing dalam membantu pesawah.
[caption id="attachment_699508" align="alignnone" width="824"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim dan Pengerusi Eksekutif Briar Resources Sdn Bhd Dato' Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail bersama pemenang Anugerah Hasil Terbaik ketika pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) yang dibangunkan Briar dan Behn Meyer di Dewan Sekinchan pada 3 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Projek rintis di Sungai Leman menunjukkan kejayaan dan akan diperluas kepada pesawah lain. Pengeluaran hasil bukan sahaja bergantung teknologi dan peralatan sahaja tetapi disiplin,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) dibangunkan Briar Resources Sdn Bhd dan Behn Meyer di Sekinchan, hari ini.
[caption id="attachment_699509" align="alignleft" width="347"] Pengerusi Eksekutif Briar Resources Sdn Bhd Dato' Seri Syed Razlan Putra Jamalullail[/caption]
Dalam pada itu, pengerusi eksekutif Briar Resources Sdn Bhd berkata kajian terhadap baja itu selama sembilan tahun bertujuan membantu pesawah sekali gus mengurangkan kebergantungan beras import.
“Produk ini fleksibel dan sesuai untuk semua jenis tanah. Antara fungsi baja ini dapat kurangkan pertumbuhan rumput serta pesawah tidak perlu membaja hasil tuaian banyak kali walaupun kawasan tanaman dinaiki air.
“Projek rintis di Sungai Leman, Sekinchan berjaya dan kita bercadang untuk bertemu dengan setiap pesawah di negeri ini berkongsi manfaatnya,” kata Dato’ Seri Syed Razlan Syed Putra.