ad
BERITA UTAMA

MBDK: Syarikat cemar Sungai Klang berdepan tindakan tegas termasuk sita lori

3 Mei 2025, 11:00 AM
MBDK: Syarikat cemar Sungai Klang berdepan tindakan tegas termasuk sita lori
MBDK: Syarikat cemar Sungai Klang berdepan tindakan tegas termasuk sita lori
MBDK: Syarikat cemar Sungai Klang berdepan tindakan tegas termasuk sita lori

Oleh Ufairah Tarmidzi

KLANG, 3 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) tidak akan berkompromi malah akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang mencemarkan Sungai Klang.

Datuk Bandarnya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata antara tindakan yang dikenakan termasuklah menyita lori yang digunakan bagi tujuan tersebut selama sebulan.

[caption id="attachment_699498" align="aligncenter" width="814"] Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain bercakap kepada Media ketika program River Ranger 2.0: River Cleanup di Kampung Sungai Udang, Klang pada 3 Mei 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kalau ikut Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), hukuman denda RM1,000 akan dikenakan kepada individu yang melakukan aktiviti pembuangan sampah haram.

“Namun, bagi syarikat yang terlibat dalam pembuangan sampah haram di Sungai Klang, MBDK akan menyita lori yang terlibat selama sebulan sekiranya mereka didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan bebola lumpur (mudball) pada program Pembersihan Sungai River Ranger 2.0 di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Udang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mahu penduduk sekitar menjadi mata dan telinga kepada MBDK dengan melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram bagi memastikan kebersihan Sungai Klang terus terpelihara.

[caption id="attachment_699500" align="aligncenter" width="760"] Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain bersama sukarelawan melontar bebola lumpur (mudball) ke dalam sungai ketika Program River Ranger 2.0: River Cleanup di Kampung Sungai Udang, Klang pada 3 Mei 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.