ad
AGENDA

Rangka manusia ditemui berhampiran jaket, baju, seluar di belakang rumah

3 Mei 2025, 9:23 AM
Rangka manusia ditemui berhampiran jaket, baju, seluar di belakang rumah

KUANTAN, 3 MEI: Seorang lelaki yang sedang membersihkan kawasan semak terperanjat apabila menemukan tulang disyaki rangka manusia di belakang sebuah rumah di Felda Bukit Mendi, Triang, Bera, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata tulang berkenaan ditemukan lelaki berusia 51 tahun itu ketika sedang meracun rumput kira-kira 4 petang.

“Lelaki itu kemudiannya membuat laporan polis, dan siasatan awal mendapati rangka tersebut berada di kawasan semak, dengan pakaian seperti baju, seluar dan jaket dipercayai milik si mati dijumpai berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkiflee berkata pihaknya pernah menerima laporan kehilangan seorang lelaki berusia 48 tahun pada Julai tahun lalu dan siasatan lanjut sama ada penemuan itu mempunyai kaitan dengan kes hilang berkenaan, sedang dijalankan.

“.. tulang berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi proses pengesahan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti identiti si mati,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.