ad
BERITA UTAMA

Selangor pertimbang beri insentif tambahan pesawah hasil padi lebih tujuh tan

3 Mei 2025, 8:00 AM
Selangor pertimbang beri insentif tambahan pesawah hasil padi lebih tujuh tan
Selangor pertimbang beri insentif tambahan pesawah hasil padi lebih tujuh tan

SABAK BERNAM, 3 MEI: Kerajaan Selangor mempertimbang untuk memberi insentif tambahan kepada pesawah yang menunjukkan peningkatan hasil padi melebihi tujuh tan.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata cadangan itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lagi.

“Di seluruh Selangor kita ada lebih 9,000 pesawah tetapi yang berjaya hasilkan lebih tujuh tan amat kurang dan terpaksa bergantung dengan beras import 40 hingga 45 peratus setiap tahun.

“Oleh itu, dengan adanya pemberian insentif tambahan kepada pesawah yang berjaya hasilkan padi lebih tujuh tan iaitu RM100 bagi setiap tan dalam galakkan pesawah lebih produktif sekali gus mengurangkan kebergantungan bekalan import,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) dibangunkan Briar dan Behn Meyer di Sekinchan hari ini.

[caption id="attachment_699473" align="alignnone" width="971"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim menerima cenderahati dari Pengerusi Eksekutif Briar Resources Sdn Bhd Dato' Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail bersama pemenang Anugerah Hasil Terbaik ketika pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) yang dibangunkan Briar dan Behn Meyer di Dewan Sekinchan pada 3 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam ucapannya, Izham berkata Selangor memperuntuk lebih RM50 bilion setahun untuk bekalan makanan import termasuk RM7.5 bilion untuk buahan dan sayuran serta jagung dan ayam (RM3 bilion).

Mengulas lanjut, Izham menjelaskan dana sejumlah RM1 bilion diperlukan bagi penambahbaikan infrastruktur sawah yang dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi.

“Apabila libat kerja saliran, kolam takungan bekalan air, penambahbaikan kawasan tanah jerlus perlukan RM600 juta tetapi jika isu pengambilan tanah RM1 bilion.

“Oleh itu, kita akan buat permohonan menerusi Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor kepada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.