SHAH ALAM, 3 MEI: Festival Makanan Mega Selangor 2025 yang berlangsung hingga esok di Dataran Kemerdekaan di sini menjadi tumpuan ramai.
Pelbagai pilihan makanan dan aktiviti disediakan kepada pengunjung termasuk lebih 100 gerai.
Pengunjung Nor Aryssa Daniella, 23, berkata dia mengunjungi program itu bagi membeli manisan Suka Dessert yang tular selain mahu melihat jualan lain.
"Saya tahu mengenai festival ini menerusi TikTok dan hari ini (semalam) saya beli kek dan manisan kira-kira RM130.
[caption id="attachment_699438" align="aligncenter" width="1098"] Nor Alyssa Daniella, 23, (kanan) ditemui di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 2 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Tak kisah belanja lebih sebab sedap. Seronok bila dapat tahu ada festival makanan sebab di sini boleh dapat pelbagai jenis makanan, minuman,” katanya kepada Media Selangor.
Nur Nabila Muhammad Shahizan, 24, berkata lokasi festival makanan kali ini strategik berbanding di Stadium Shah Alam sebelum ini.
“Jika dianjurkan lebih kerap lagi bagus terutama hujung minggu. Sesuai untuk seisi keluarga santai sebab tempatnya pun tenang dan strategik,” katanya.
[caption id="attachment_699439" align="aligncenter" width="1156"] Nur Nabila Muhammad Shahizan, 24, ditemui di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 2 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Kakitangan swasta Mohd Azlan Jandrani, 36, berkata pelbagai pilihan makanan dan minuman ditemui di festival berkenaan.
“Menarik, sebab ada banyak pilihan makanan dan minuman. Tidak tahu pun ada festival di sini cuma kebetulan lalu kami singgah.
“Cumanya parkir agak terhad jadi kami terpaksa berjalan agak jauh. Mungkin kalau boleh selepas ini sediakan parkir khas untuk pengunjung,” katanya.
[caption id="attachment_699440" align="aligncenter" width="1366"] Mohd Azlan Jandrani, 36, ditemui di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 2 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung ke Festival Makanan Mega Selangor 2025 yang berlangsung empat hari di Dataran Kemerdekaan.
Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari festival yang menyediakan lebih 100 gerai makanan dari seluruh Selangor itu antara inisiatif negeri merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
[caption id="attachment_699435" align="aligncenter" width="944"] Pengunjung menikmati makanan di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 2 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699436" align="aligncenter" width="1311"] Antara pilihan makanan di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 2 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699433" align="aligncenter" width="1165"] Belon udara panas antara tarikan di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dari 1 hingga 4 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]