ad
AGENDA

Peniaga kecil harap kerajaan jaga kestabilan harga telur

2 Mei 2025, 1:38 PM
Peniaga kecil harap kerajaan jaga kestabilan harga telur
Peniaga kecil harap kerajaan jaga kestabilan harga telur
Peniaga kecil harap kerajaan jaga kestabilan harga telur
Peniaga kecil harap kerajaan jaga kestabilan harga telur

SHAH ALAM, 2 MEI: Rata-rata peniaga kecil meluahkan kebimbangan sekiranya perniagaan mereka terjejas susulan pengumuman pemansuhan subsidi telur.

Beberapa usahawan makanan berharap kerajaan menjaga kestabilan harga bahan mentah tersebut meskipun subsidi akan ditamatkan mulai Ogos.

[caption id="attachment_699402" align="alignright" width="342"] Nurshafiza Sulaiman[/caption]

Pemilik Lariessa Desert, Nurshafiza Sulaiman, 28, berkata perniagaannya akan terjejas memandangkan kek dan manisan yang dihasilkan banyak menggunakan telur.

“Jika menaikkan harga barangan jualan ia agak sukar, nanti pelanggan pun mungkin lari atau mengadu harga mahal.

"Harapnya kerajaan dapat menarik balik keputusan tamatkan subsidi telur atau kawal harga telur selepas ini,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau ditemui di Festival Makanan Mega Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan di sini, hari ini yang berlangsung sejak semalam hingga Ahad.

[caption id="attachment_699398" align="alignleft" width="348"] Mohd Aidil Iskandar Sufian[/caption]

Pemilik Burger LapaqHQ, Mohd Aidil Iskandar Sufian, 32, pula berharap kerajaan akan menjaga nasib peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara.

“Telur ini merupakan bahan asas walaupun sekarang bekalan mudah ditemui tetapi keputusan menamatkan subsidi satu perkara tidak wajar.

“Apabila tamatkan nanti harga telur pun mungkin akan naik jika tidak dikawal dan kami sebagai peniaga perlu mengira semula harga jualan sama ada mahu kekal atau naikkan harga,” katanya.

[caption id="attachment_699399" align="alignright" width="348"] Hidayah Rozali[/caption]

Sementara itu, peniaga Cheesetart Buncit, Hidayah Rozali, 33, meminta kerajaan tidak menghentikan subsidi sebaliknya mengurangkan jumlah subsidi ditanggung.

“Risau kalau harga barangan naik, pelanggan berkurangan. Mungkin kita akan kecilkan saiz kek yang dibuat tetapi harga jualan masih pada kadar yang sama sekiranya subsidi telur dimansuhkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan mempertingkat pemantauan terhadap harga telur bagi memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) tidak terkesan secara mendadak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saravanan Thambirajah berkata langkah itu penting menandangkan telur antara sumber protein asas utama rakyat, termasuk kumpulan B40 yang sudah pun berdepan tekanan inflasi.

Isnin lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan kadar subsidi telur ayam dikurangkan kepada lima sen daripada 10 sen sebiji, sebelum dimansuhkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.