Seiring kepesatan tekonologi dan pendigitalan, gaya hidup masyarakat beranjak daripada kaedah konvensional dalam serba-serbi kehidupan seterusnya perkhidmatan lebih pantas dan cekap.
Tanpa beratur panjang dalam masa lama, orang ramai tidak lagi berdepan kerumitan dalam melangsaikan bil, cukai dan kemudahan lain.
Melalui Citizen E-Payment atau CEPat kendalian Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU), sebuah anak syarikat Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), semuanya kini di hujung jari.
Dilancarkan sejak 2019, CEPat menjadi wadah alternatif pembayaran perkhidmatan kerajaan dalam talian yang boleh diakses melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih Android dan iOS.
Sepanjang tahun lalu, sebanyak 254,971 transaksi direkod dalam aplikasi bayaran pintar itu, meningkat berbanding 2023 iaitu 149,137 transaksi.
Mudah digunakan termasuk di luar negara, penggunaan CEPat juga praktikal berikutan seluruh negeri ada liputan 4G, malah usaha perluas capaian 5G giat dijalankan.
Wartawan ABDUL RAHIM SABRI mengupas kelebihan aplikasi pembayaran pintar itu dalam wawancara bersama Pengarah Projek Delivery SSDU Badli Shah Muhamad Salleh dan Pengurus Projek Aplikasi Pintar Syaridan Abu Samad pada 6 Februari.
95 perkhidmatan
Pelbagai urusan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), 10 agensi Pusat Tanggungjawab Negeri Selangor serta sembilan Pejabat Daerah dan Tanah antaranya:
- cukai taksiran
- kompaun trafik dan pelbagai
- lesen tidak berisiko, lulus 24 jam (contoh: lesen niaga, iklan premis, penjaja)
- cukai tanah/petak (sembilan pejabat daerah)
- bil utiliti termasuk Indah Water Konsortium dan Astro
- bil telefon semua syarikat telekomunikasi
- Scan To Ride empat operator bas
- sewaan fasiliti 11 PBT
- sumbangan dua NGO iaitu SPCA dan TREES
- sistem parkir berbayar 10 PBT
- gaya hidup libat usahawan kecil, sederhana
- dan beli token permainan dalam talian
Perkhidmatan mutakhir
Mulai 3 Februari, kemudahan baharu diperkenal meliputi 10 Pusat Tanggungjawab bawah agensi negeri antaranya:
- permit pemindahan keluar/masuk ternakan
- sewaan pusat pertanian
- sewaan kuarters
- baharui lesen kenderaan/alatan tangkap ikan
- bayaran emolumen terlebih bayar
Kaedah bayaran
- FPX (financial process exchange)
- JomPay dan e-dompet iaitu GrabPay dan Boost
- akan perluas kepada Maybank DuitNow QR dan Setel
Peluang menang
- tawaran istimewa PBT atau agensi
- anjur kempen tertentu
- peraduan tawar hadiah menarik
Kelebihan
- tidak perlu beratur, elak sesak di kaunter
- jimatkan masa, urusan pantas
- elak risiko kecurian kewangan dalam perjalanan
- pendapatan kerajaan lebih berkesan
- amalan pembayaran tanpa tunai
Fakta penggunaan
- paling popular cukai tanah/petak
- cukai taksiran kedua popular
- sumbangan 3.4 peratus kutipan
- pembaharuan lesen kurang popular