ad
AGENSI

Mais perkenal kad identiti ejen Perancang Pewarisan Islam, cegah penipuan

1 Mei 2025, 4:36 AM
Mais perkenal kad identiti ejen Perancang Pewarisan Islam, cegah penipuan
Mais perkenal kad identiti ejen Perancang Pewarisan Islam, cegah penipuan
Mais perkenal kad identiti ejen Perancang Pewarisan Islam, cegah penipuan

Oleh Aida Nyan

SHAH ALAM, 30 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperkenalkan kad identiti rasmi bagi Perancang Pewarisan Islam (PPI), langkah pertama seumpamanya di Malaysia bagi membanteras penipuan sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ejen bertauliah.

Menurut Pengerusinya Senator Dato' Setia Salehuddin Saidin, sehingga kini seramai 63 ejen sudah berdaftar dan kad tersebut menjadi bukti pengesahan rasmi di bawah seliaan Mais.

[caption id="attachment_699234" align="aligncenter" width="788"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Dato' Setia Salehuddin Saidin bercakap kepada media ketika majlis pelancaran kad Perancang Pewarisan Islam pada di Hotel De Palma Shah Alam pada 30 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR.[/caption]

“Kad ini bukan sahaja mengelak penipuan, malah mempromosikan kesedaran mengenai kepentingan penyediaan wasiat dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran kad identiti PPI di Hotel De Palma di sini, semalam.

Salehuddin berkata program PPI turut menawarkan kursus pengurusan harta dan peluang menjana pendapatan sampingan dan pendaftaran sebagai PPI hanya memerlukan individu mendaftar wasiat dengan MAIS.

"Yuran penyediaan wasiat yang dikenakan adalah serendah RM300 sahaja tapi masih tak ramai yang buat.

"Kad identiti ini juga diharap dapat membantu lebih ramai menjadi ejen dan mendidik masyarakat tentang pentingnya merancang pewarisan harta secara Islam," katanya.

Sejak April 2022 hingga Mac 2025, Mais telah mengendalikan 553 dokumen wasiat dan 1,001 dokumen hibah dengan kerjasama ejen PPI.

[caption id="attachment_699233" align="aligncenter" width="787"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato' Setia Salehuddin Saidin (tengah) diiringi Setiausaha Mais Ahmad Shahir Makhtar (kiri) menyampaikan anugerah penghargaan pencapaian PPI Mais kepada Mohd Redzwan Samsudin (kanan) majlis pelancaran kad Perancang Pewarisan Islam pada di Hotel De Palma Shah Alam pada 30 April 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.