ad
AGENDA

Letupan gas: Selangor kenal pasti mangsa cedera, tawar bantuan rawatan

30 Apr 2025, 8:58 AM
Letupan gas: Selangor kenal pasti mangsa cedera, tawar bantuan rawatan
Letupan gas: Selangor kenal pasti mangsa cedera, tawar bantuan rawatan
Letupan gas: Selangor kenal pasti mangsa cedera, tawar bantuan rawatan
Letupan gas: Selangor kenal pasti mangsa cedera, tawar bantuan rawatan

SHAH ALAM, 30 APRIL: Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan rawatan lanjut, termasuk prosedur pencantuman kulit kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti senarai lengkap mangsa yang mengalami kecederaan serius susulan insiden letupan tersebut.

[caption id="attachment_699122" align="aligncenter" width="766"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis penyerahan bantuan sewa rumah kepada mangsa insiden letupan paip gas Putra Heights di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 30 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“EXCO Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin sedang menjalankan proses semak silang melibatkan mangsa yang dirawat di hospital awam seperti Hospital Putrajaya dan Cyberjaya, serta hospital swasta,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan bantuan sewa rumah kepada mangsa insiden berkenaan dalam satu majlis di foyer bangunan pentadbiran negeri di sini.

Menurut beliau, data itu diperoleh dari hasil lawatan dan siasatan yang dijalankan oleh EXCO Mobiliti Ng Sze Han ke beberapa institusi perubatan minggu lalu.

“Rawatan ringan mungkin tidak menjadi isu, tetapi ada mangsa yang terbakar sehingga 30 peratus dan memerlukan rawatan berterusan termasuk pencantuman kulit.

"Ini memerlukan perhatian serta kos rawatan yang tinggi,” katanya lagi.

[caption id="attachment_699120" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan cek cura bantuan sewa rumah kepada mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights dalam satu majlis di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 30 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin turut memaklumkan bahawa senarai rasmi mangsa akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu selepas dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

“Penilaian sedang dijalankan kerana ada kemungkinan sesetengah mangsa mempunyai perlindungan insurans atau bantuan daripada pihak lain,” tambahnya.

Kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

[caption id="attachment_699118" align="aligncenter" width="785"] Situasi terkini di sekitar lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 30 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Kejadian menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.