ad
AGENDA

DOSM: Selangor negeri tertinggi catat pertubuhan milikan wanita pada 2022

30 Apr 2025, 7:29 AM
DOSM: Selangor negeri tertinggi catat pertubuhan milikan wanita pada 2022
DOSM: Selangor negeri tertinggi catat pertubuhan milikan wanita pada 2022
DOSM: Selangor negeri tertinggi catat pertubuhan milikan wanita pada 2022
DOSM: Selangor negeri tertinggi catat pertubuhan milikan wanita pada 2022

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Sejumlah 219,015 pertubuhan milikan wanita dicatatkan pada 2022 yang menyumbang 20.1 peratus kepada keseluruhan pertubuhan dalam ekonomi pada tahun itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata angka itu mewakili kadar pertumbuhan tahunan 2.3 peratus berbanding bancian sebelumnya iaitu 187,265 pertubuhan pada 2015.

Daripada jumlah itu, 205,012 pertubuhan atau 93.6 peratus tertumpu dalam sektor perkhidmatan dan diikuti oleh pembuatan (8,469 pertubuhan dengan sumbangan: 3.9 peratus) manakala sektor pembinaan (3,869 pertubuhan atau sumbangan: 1.8 peratus).

“Penemuan mengikut subsektor menunjukkan lebih 70 peratus pertubuhan milikan wanita terlibat dalam subsektor perdagangan borong dan runcit (sumbangan: 45.0 peratus) manakala subsektor makanan dan minuman (menyumbang 31.1 peratus),” katanya.

[caption id="attachment_632590" align="alignleft" width="564"] Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Foto BERNAMA[/caption]

Menurut DOSM, Selangor kekal sebagai negeri teratas mencatat bilangan pertubuhan milikan wanita tertinggi pada 2022 atau menyumbang 15.9 peratus daripada keseluruhan 219,015 pertubuhan itu.

Ia diikuti Sabah dengan 22,740 pertubuhan (sumbangan 10.4 peratus), Kelantan (21,079 pertubuhan, sumbangan: 9.6%); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20,237 pertubuhan, sumbangan 9.2 peratus).

Nilai output kasar dijana oleh pertubuhan milikan wanita berjumlah RM136.9 bilion pada 2022 yang menyumbang 3.6 peratus kepada keseluruhan sektor ekonomi di Malaysia manakala sektor perkhidmatan menjana nilai output kasar tertinggi iaitu RM83.0 bilion atau menyumbang 60.7 peratus dan subsektor perdagangan borong dan runcit menjadi pemangkin yang menyumbang 37.7 peratus (RM31.3 bilion).

Dari segi pertumbuhan, nilai output kasar meningkat 7.0 peratus setiap tahun pada 2022 berbanding 2015.

Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh pertumbuhan kukuh sektor pembuatan sebanyak 13.8 peratus diikuti sektor pertanian (6.0 peratus) dan sektor perkhidmatan (5.7 peratus).

Jabatan Perangkaan berkata pada 2022, terdapat 185,582 pertubuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dimiliki wanita atau menyumbang 17.0 peratus daripada jumlah pertubuhan di Malaysia.

“Daripada jumlah itu, 171,800 pertubuhan (sumbangan 92.6 peratus) terbabit dalam sektor perkhidmatan diikuti 8,359 pertubuhan (sumbangan: 4.5 peratus) dalam sektor pembuatan.

[caption id="attachment_672088" align="aligncenter" width="936"] Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan (dua, kanan) menerima cenderamata dalam majlis perasmian Karnival Usahawan Wanita Malaysia di Pusat Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya pada 8 November 2024. Hadir sama Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad (tiga, kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Pertubuhan PKS milikan wanita ini menjana output kasar bernilai RM89.3 bilion dan nilai tambah RM44.3 bilion - masing-masing meningkat 3.7 peratus dan 4.1 peratus setiap tahun,” katanya.

Selain itu, katanya, pertubuhan milikan wanita menggaji 833,311 pekerja dengan kadar pertumbuhan tahunan 0.9 peratus.

Dari segi gaji dan upah serta nilai harta tetap, ia mencatat RM16.2 bilion dan RM39.7 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan masing-masing 4.5 peratus dan 3.4 peratus.

Mohd Uzir berkata peningkatan penglibatan wanita dalam ekosistem keusahawanan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia terhadap kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita.

“Statistik ini bukan sahaja membuktikan kekuatan dan keupayaan usahawan wanita, malah berfungsi sebagai input penting bagi pembuat dasar, penyelidik dan pemain industri dalam merangka strategi yang berinformasi untuk menyokong dan meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi,” katanya.

- BERNAMA

[caption id="attachment_627498" align="aligncenter" width="1134"] EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari (duduk, tengah) bersama 200 peserta program Insentif Media Digital Usahawan Wanita Muda (Usahawanita) di Hotel Geno, Subang Jaya pada 6 Februari 2024. Foto NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.