ad
BERITA UTAMA

EXCO: Jobcare Selangor bantu lebih 3,000 individu dapat kerja

29 Apr 2025, 7:56 AM
EXCO: Jobcare Selangor bantu lebih 3,000 individu dapat kerja

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jelajah JobCare yang dianjur di 10 lokasi sepanjang tahun lalu membantu lebih 3,000 individu mendapat pekerjaan.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata pekerjaan ditawarkan meliputi pelbagai bidang dan peringkat termasuk jawatan tinggi serta profesional.

“Sepanjang tahun lalu lebih 5,000 individu datang ke sesi jelajah mencari kerja. Kita juga turut anjurkan Jobcare Istimewa untuk golongan kurang upaya (OKU), asnaf serta bekas banduan.

“Secara keseluruhan, lebih 40,000 kerja kosong ditawar melibatkan 267 majikan dari sektor awam dan swasta. Gaji ditawarkan juga berpatutan,” katanya kepada Media Selangor.

Tahun ini program sama masih diteruskan di sembilan daerah dengan menyediakan lebih 40,000 peluang pekerjaan.

Gombak menjadi lokasi pertama penganjuran pada 19 dan 20 April, yang menawarkan 4,318 peluang kerjaya termasuk tawaran gaji mencecah sehingga RM13,000.

Daripada jumlah berkenaan, 3,074 jawatan kosong menawarkan gaji melebihi paras minimum iaitu RM2,000 sebulan.

Selepas ini jelajah JobCare diteruskan ke daerah Petaling pada 24 Mei di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.