ad
AGENSI

KRS anjur liga ragbi peringkat negeri, perkasa bakat wanita

29 Apr 2025, 6:00 AM
KRS anjur liga ragbi peringkat negeri, perkasa bakat wanita
KRS anjur liga ragbi peringkat negeri, perkasa bakat wanita

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menganjurkan kejohanan liga untuk mencungkil bakat pelapis selain merancakkan lagi acara tersebut.

Presidennya Lim Yi Wei berkata pertandingan juga bertujuan memberi nafas baharu kepada ragbi wanita yang kurang mendapat perhatian susulan ketandusan penganjuran kejohanan bagi kategori itu dalam negara.

“Liga ini menjadi pentas terbaik memberi peluang kepada pemain ragbi negeri untuk beraksi di peringkat kompetitif.

[caption id="attachment_651245" align="alignleft" width="350"] Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei[/caption]

“Ia juga menjadi platform memilih wakil Selangor bagi skuad senior lelaki 15 sepasukan (15’s) dan pasukan senior wanita 10 sepasukan (10’s) untuk tahun ini,” katanya kepada Media Selangor.

Berlangsung sejak 26 April lalu hingga 5 Julai, Yi Wei memberitahu kejohanan melibatkan kategori Lelaki Divisyen 1, Lelaki Divisyen 2 dan wanita.

“Kategori wanita julung kali dipertandingkan yang akan dibarisi tiga pasukan kelab-kelab ahli gabungan KRS, Majlis Sukan Angkatan Tentera dan Kesatuan Ragbi Negeri Sarawak.

“Enam pasukan akan bertanding dalam Divisyen 1 lelaki selain Divisyen 2 dalam kategori sama pula empat pasukan menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan 15 pasukan,” katanya lagi.

Padang Astaka, Petaling Jaya dipilih sebagai lokasi perlawanan untuk pusingan awal manakala pusingan kedua termasuk perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 12 dan 13 Julai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.