SHAH ALAM, 27 APRIL : Seramai 300 murid sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang menerima bantuan wang tunai bagi meringan beban membeli kelengkapan sekolah.
Wakil rakyatnya Dr Quah Perng Fei berkata dana keseluruhan berjumlah RM30,000 itu disumbangkan sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
“Sumbangan ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan sekolah anak. Bantuan mungkin tidak banyak tetapi kita harap ia membantu.
“Terima kasih kepada MBI kerana terus komited menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat Selangor," katanya kepada Media Selangor.
Sebelum ini, Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sejumlah RM1.7 diperuntuk untuk program bantuan persekolah yang bakal memanfaatkan seramai 16,800 pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.