Oleh Dewi Abdul Rahman
SABAK BERNAM, 27 APRIL: Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) terus diperhebat dengan penganjuran Festival Makanan Mega Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bulan depan.
EXCO Pelancongan berkata festival yang dijadual berlangsung empat hari mulai 1 Mei menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya termasuk demonstrasi makanan dan persembahan malam kebudayaan.
[caption id="attachment_698545" align="aligncenter" width="718"] EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bercakap kepada media pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
"Selangor pernah anjurkan pada 2016 namun dihentikan dan sekarang kita akan adakan semula untuk orang ramai nikmati kepelbagaian makanan Selangor.
"Kita jangka dapat menarik seramai mungkin kerana di Selangor terdapat pelbagai hidangan gastronomi yang sangat enak dari pelbagai kaum, akan turut kita ketengahkan," kata Dato' Ng Suee Lim.
Ditemui pada majlis perasmian Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 di sini semalam, beliau berkata TMS2025 akan disemarakkan lagi dengan penganjuran Festival Kampung Baru Ogos ini bertujuan menonjolkan identiti Kampung Baru di seluruh Selangor.
[caption id="attachment_698522" align="aligncenter" width="814"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri) bersama EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru Dato’ Ng Suee Lim (dua kanan) bergambar bersama rakan agensi yang terlibat pada Majlis Perasmian Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
"Kita sedang buat persiapan dan menyasarkan dua lokasi untuk acara berkenaan. Ia juga akan menjadi satu festival mega yang akan mengetengahkan produk tempatan dengan menyelitkan elemen kebudayaan dan warisan negeri ini," katanya.
Tambah beliau, program-program ini bertujuan mempromosi Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan serta memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.
[caption id="attachment_698508" align="aligncenter" width="758"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO Pembangunan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bermain gendang pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor tahun ini dengan catatan transaksi RM11.7 bilion sempena TMS2025.
TMS2025 disasar menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.
[caption id="attachment_698546" align="aligncenter" width="785"] Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_698549" align="aligncenter" width="712"] Orang ramai teruja menikmati keindahan pemandangan sawah pagi ketika waktu petang dengan menaiki trem pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]