ad
AGENSI

Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat

27 Apr 2025, 2:03 AM
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat
Festival Sawah Padi Sekinchan meriah, angkat budaya dan ekonomi setempat

Oleh Dewi Abdul Rahman

SABAK BERNAM, 27 APRIL: Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 yang membuka tirainya semalam menjadi pengalaman bermakna buat penduduk tempatan dan pelancong.

Acara yang julung kali diadakan itu bukan sahaja mempromosi keunikan sawah padi, malah mengangkat budaya dan ekonomi tempatan ke tahap lebih membanggakan.

Penduduk tempatan Mohd Yusof Darmawi, 65, menyifatkan festival ini sebagai usaha positif untuk memperkenalkan keunikan yang ada di Sekinchan kepada pelancong luar.

[caption id="attachment_698555" align="aligncenter" width="712"] Mohd Yusof Darmawi, 65,[/caption]

"Bagus untuk menarik orang datang ke Sekinchan, penganjuran program seperti ini perlu diteruskan setiap tahun supaya Sekinchan lebih dikenali pelancong luar.

"Selain itu, ia juga membantu peniaga kecil meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Kakitangan Muzium Selangor Nurul Natasha Mertawinata, 34, pula menzahirkan rasa gembira kerana festival berkenaan membuka peluang untuk memperkenalkan makanan tradisional Selangor ke seluruh Malaysia.

[caption id="attachment_698556" align="aligncenter" width="722"] Nurul Natasha Mertawinata, 34,[/caption]

"Program ini sangat tepat untuk memperkenalkan warisan terutama kepada golongan belia. Ramai pelancong luar singgah dan bertanya tentang makanan tradisional.

"Saya melihat festival ini juga menjadi tempat liburan menarik buat penduduk setempat dan pelancong luar," katanya yang turut memperkenalkan produk punten melalui festival tersebut.

Sementara itu, Shafie Asmawi, 43, mengakui festival ini menarik dan berharap ia diteruskan dengan promosi yang lebih meluas di masa depan untuk menarik lebih ramai pelancong.

[caption id="attachment_698557" align="aligncenter" width="813"] Shafie Asmawi, 43,[/caption]

"Saya sangat suka aktiviti yang dijalankan, seperti larian sawah dan festival makanan namun dengan promosi yang lebih baik, saya yakin lebih ramai pengunjung luar akan datang.

"Harap program seperti ini diteruskan masa akan datang untuk promosi Sekinchan," katanya.

Laili Atiqah Abdul Talib, 37, yang hadir untuk menyokong suaminya menyertai cabaran kenderaan pacuan empat roda mahu Selangor terus menjadi destinasi pelancongan terbaik melalui penganjuran program seumpama itu.

"Festival ini sangat meriah, landskap di sini cantik, sangat sesuai untuk glamping bersama keluarga di mana kemudahan yang disediakan juga sangat bagus," katanya.

Kerajaan Negeri menyasarkan kira-kira 13,000 pengunjung memeriahkan Festival Sawah Padi Sekinchan 2025 yang berlangsung dua hari bermula semalam.

Berikut foto menarik yang sempat dirakamkan di festival berkenaan:

[caption id="attachment_698558" align="aligncenter" width="817"] Cabaran pacuan empat roda dalam bendang antara aktiviti menarik pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698549" align="aligncenter" width="742"] Orang ramai teruja menikmati keindahan pemandangan sawah pagi pada waktu petang dengan menaiki trem pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698560" align="aligncenter" width="707"] Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan aneka makanan menarik di gerai makanan yang dibuka tepi bendang pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698562" align="aligncenter" width="800"] Pengunjung berpeluang mencuba permainan tradisional seperti congkak, dam aji, batu seremban dan baling tin pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698508" align="aligncenter" width="808"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO Pembangunan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bermain gendang pada Festival Sawah Padi Sekinchan di Terminal Sekinchan pada 26 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.