ad
AGENDA

Kementerian Kesihatan Uganda isytihar wabak Ebola di negara itu berakhir

26 Apr 2025, 11:15 AM
Kementerian Kesihatan Uganda isytihar wabak Ebola di negara itu berakhir

MOSCOW, 26 APRIL: Kementerian Kesihatan Uganda pada Sabtu mengumumkan bahawa wabak Ebola di negara itu telah berakhir.

"BERITA BAIK! Wabak Penyakit Virus Ebola Sudan kini tamat secara rasmi. Ini susulan 42 hari tanpa kes baharu sejak pesakit terakhir yang disahkan positif dibenarkan discaj pada 14 Mac 2025," menurut kementerian itu di laman X.

Kementerian turut berterima kasih kepada para petugas kesihatan, rakan kongsi dan komuniti atas sokongan mereka dalam menamatkan wabak itu.

Pada Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kematian kedua berkaitan Ebola di Uganda, menjadikan kes yang disahkan di negara itu kepada 10.

Pada Februari, WHO mengumumkan bahawa pihaknya melancarkan ujian vaksin virus Ebola pertama di Uganda, manakala pada Januari, organisasi itu menghantar pakar untuk membantu pihak berkuasa tempatan menangani wabak baharu virus Ebola.

- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.