ad
AGENDA

Wanita ditahan kerana memandu lawan arus

26 Apr 2025, 8:00 AM
Wanita ditahan kerana memandu lawan arus

SEGAMAT, 26 APRI: Pemandu wanita ditahan bagi membantu siasatan kerana memandu melawan arus dan melulu sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Hassan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kejadian berkenaan dikesan menerusi rakaman video berdurasi 18 saat yang tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dipandu secara berbahaya.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah dan dia juga tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Wanita itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.