SHAH ALAM, 26 APRIL: Selangor menyediakan pelbagai program kemahiran, latihan teknikal dan pendidikan vokasional untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pengajian.
EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata pelajar berminat boleh menghubungi institusi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, automotif, reka bentuk, kimpalan dan elektrik.
Menurutnya, kursus lain seperti penyejukan dan penyamanan udara (HVAC), mekatronik, teknologi maklumat, pastri, pereka fesyen wanita, jurukecantikan, perhotelan dan kulinari serta kursus kemahiran lain.
[caption id="attachment_697954" align="alignleft" width="601"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu ketika wawancara di pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 22 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Saya menyeru semua pelajar, tanpa mengira keputusan SPM anda, untuk terus melangkah ke hadapan dengan semangat juang yang tinggi.
“Pendidikan bukan hanya tentang akademik, tetapi juga membina kemahiran, jati diri dan masa depan yang lebih baik,” katanya.
Berikut adalah senarai institusi berkaitan:
- Selangor Technical Development Centre (STDC). Untuk permohonan layari:
layari laman rasmi STDC di https://stdc.edu.my/daftar-sekarang
- Human Resource Development Corporation (HRD Corp). Untuk permohonan layari:
sistem e-TRiS melalui laman web HRD Corp: https://hrdcorp.gov.my
- CIAST (Centre for Instructor and Advanced Skill Training). Untuk permohonan layari: https://mohon.tvet.gov.my
- GiatMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP). Untuk permohonan layari: https://mohon.tvet.gov.my