ad
AGENDA

Lelaki maut terkena tembakan di kepala ketika memandu

26 Apr 2025, 6:17 AM
Lelaki maut terkena tembakan di kepala ketika memandu

KUCHING, 26 APRIL: Lelaki ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala dalam kereta di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada dua lelaki yang datang ke Balai Polis Batu Kawa pada jam 5.30 pagi.

Berdasarkan laporan, katanya dua lelaki terbabit memaklumkan rakan mereka terbaring dalam kereta dipercayai terkena tembakan ketika memandu di jalan terbabit.

"Ketika datang ke balai, dua lelaki itu membawa rakan mereka yang terbaring dalam kereta dan pasukan siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan serta pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa berusia 34 tahun itu.

"Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.