ad
AGENSI

Pusat jagaan, taska diseru sertai kaji selidik tambah baik garis panduan

25 Apr 2025, 12:28 PM
Pusat jagaan, taska diseru sertai kaji selidik tambah baik garis panduan
Pusat jagaan, taska diseru sertai kaji selidik tambah baik garis panduan

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Perkhidmatan Penjagaan (JKPPP) sedang melaksana kaji selidik terhadap pengusaha pusat jagaan dan taska.

Pengerusinya Michelle Ng Mei Sze berkata kaji selidik sejak 21 April lalu dengan kerjasama Hayat Technologies Sdn Bhd dibuat bagi mendapatkan pandangan sekali gus menambah baik garis panduan sedia ada.

“Kaji selidik ini telah diedarkan melalui emel pengusaha-pengusaha taska dan pusat jagaan, meliputi pusat jagaan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan taska bermula 21 April lalu dan tarikh tutup maklum balas adalah pada 17 Mei ini.

[caption id="attachment_682165" align="alignleft" width="345"] Ahli Dewan Negeri Subang Jaya YB Michelle Ng Mei Sze[/caption]

“Pandangan pengusaha taska dan pusat jagaan sebagai salah satu pemegang taruh utama dalam industri penjagaan adalah sangat bernilai dalam membantu kami merangka dasar dan prosedur yang lebih mesra,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Michelle yang juga wakil rakyat Subang Jaya berkata semakan semula garis panduan perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan pada masa hadapan.

Jelas beliau, kaji selidik tersebut juga membantu mewujudkan garis panduan yang lebih mesra perniagaan tanpa turut berkompromi dalam membabitkan isu keselamatan.

“Oleh itu, kaji selidik ini adalah sangat penting kerana dapatan daripada ini akan dianalisa dan diambil kira dalam proses penyeragaman syarat pendaftaran pusat jagaan dan taska oleh Kerajaan Negeri, yang akan dimuktamad tahun ini,” katanya.

Menurut Michelle, maklum balas yang diterima hanya akan digunakan bagi tujuan penyelidikan, selain turut mengalu-alukan pandangan daripada pengusaha pusat jagaan yang belum berdaftar.

Setakat ini, katanya, seramai 87 pengusaha sudah mengisi kaji selidik tersebut dan mereka akan menerima kupon percuma ke Selangor International Care Summit 2025 pada Oktober depan.

Borang kaji selidik ini boleh diakses melalui pautan https://tinyurl.com/surveypusatjagaan dan memerlukan masa kira-kira 30 minit untuk dilengkapkan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.