OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI
KAJANG, 25 APRIL: Pengorbanan Nor Damia Najihah, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mengulang kaji hampir 10 jam sehari berbaloi apabila berjaya memperoleh lapan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang berusia 18 tahun itu berkata mengulang kaji pelajaran di rumah dan sekolah menjadi rutin biasa sebelum menghadapi peperiksaan.
“Saya rasa berbaloi usaha saya ke tuisyen hampir setiap hari. Ada hari, masa belajar saya boleh cecah 10 jam,” katanya selepas mengambil keputusan SPM, semalam.
[caption id="attachment_698360" align="aligncenter" width="640"] Maya Devi bersama bapanya Aravinthan gembira setelah mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang pada 24 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Nor Damia Najihah (tengah) bersama keluarganya gembira setelah mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang pada 24 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGORSeorang lagi calon, Maya Devi , 18, berkata usaha kerasnya tidak sia-sia apabila memperoleh keputusan yang membanggakan.
“Saya perlu hadir ke tuisyen dari pukul enam pagi hingga sembilan malam, dan kadang-kadang pulang ke rumah pada waktu yang berbeza setiap hari.
"Jadi saya rasa memang layak dapat keputusan ini,” katanya ketika ditemui Media Selangor semalam.
Keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata seramai 355,933 calon atau 94 peratus layak diberikan sijil SPM pada 2024 berbanding 349,297 calon pada 2023.