SHAH ALAM, 24 APRIL: Orang ramai diminta bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda stesen Pelabuhan Klang mulai esok hingga 30 April.
Pejabat Daerah Dan Tanah Klang di Facebook memaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional menjangkakan paras air laut tertinggi mencecah 5.5 meter pada 27 dan 28 April.
Berikut jadual paras air dan cuaca:
Sekiranya berlaku kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian Kecemasan Negara di talian 999 atau Pusat Operasi Bencana (DDOC) Klang 03-3382 9292