ad
ADN

Wakil rakyat Bandar Utama tawar khidmat bantuan guaman percuma

24 Apr 2025, 7:11 AM
Wakil rakyat Bandar Utama tawar khidmat bantuan guaman percuma

SHAH ALAM, 24 APRIL: Penduduk sekitar Bandar Utama yang memerlukan nasihat undang-undang kini boleh mendapatkan bantuan guaman secara percuma melalui inisiatif yang ditawarkan Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama.

Wakil rakyatnya, Jamaliah Jamaluddin berkata program tersebut akan berlangsung pada 26 April, 21 Jun dan 4 Oktober, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, bertempat di pusat khidmat ADN Bandar Utama.

“Orang ramai yang mempunyai persoalan berkaitan undang-undang, menerima saman, dokumen mahkamah atau memerlukan nasihat guaman, dijemput hadir bagi mendapatkan konsultasi secara percuma daripada peguam yang terlibat.

“Peserta juga digalakkan membawa dokumen berkaitan bagi melancarkan sesi perbincangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama firma guaman Elaine, Yun & Associates. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-642 7174 (John Leong).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.