ad
PBT

MPKL rai kakitangan cemerlang, gesa pertahan integriti, khidmat terbaik kepada masyarakat

24 Apr 2025, 2:03 AM
MPKL rai kakitangan cemerlang, gesa pertahan integriti, khidmat terbaik kepada masyarakat
MPKL rai kakitangan cemerlang, gesa pertahan integriti, khidmat terbaik kepada masyarakat
MPKL rai kakitangan cemerlang, gesa pertahan integriti, khidmat terbaik kepada masyarakat

KUALA LANGAT, 24 APR: Seramai 42 pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024 dalam majlis yang berlangsung di Quay Hall, Quayside Mall di sini, malam ini.

Selain itu, turut diraikan lima penerima Anugerah Perkhidmatan 25 tahun dan dua pesara MPKL bagi tahun ini. Penyampaian anugerah disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Yang Dipertua MPKL Mohd Hasry Nor Mohd berkata acara itu bertujuan mengiktiraf dan menghargai khidmat bakti serta sumbangan warga kerja MPKL yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.

“Anugerah ini adalah simbol pengiktirafan kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen tinggi, integriti serta prestasi kerja yang membanggakan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Semoga ia menjadi suntikan semangat kepada semua untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya pada Majlis Penghargaan dan APC MPKL 2024 di sini, hari ni.

[caption id="attachment_698187" align="aligncenter" width="700"] Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Mohd Hasry Nor Mohd bergambar bersama penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2024 di Quayside Mall, Kuala Langat pada 23 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada majlis itu, turut diraikan 10 petugas media pelbagai agensi termasuk dua kakitangan Media Selangor iaitu Hanafi Mohamed dan Suhaila Shahrul Annuar yang menerima penghargaan media sebagai menghargai sokongan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Turut disampaikan pada malam ini adalah penghargaan khas bagi Operasi Mega Pembersihan Putra Heights kepada jabatan berkaitan di bawah pihak berkuasa tempatan itu.

Sementara itu, Ahmad Fadzli berkata komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan mengamalkan tadbir urus yang cemerlang mampu membina keyakinan rakyat secara menyeluruh.

“Penyampaian perkhidmatan yang efisien serta tadbir urus cemerlang penting bagi memastikan pihak berkuasa tempatan berfungsi dengan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

[caption id="attachment_698188" align="alignnone" width="700"] Wartawan Media Selangor Suhaila Shahrul Annuar dan jurukamera Media Selangor Hanafi Mohamed menerima sijil penghargaan media daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sempena majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MPKL tahun 2024 di Quayside Mall, Kuala Langat pada 23 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.