ad
AGENDA

Motosikal antara hadiah cabutan bertuah pembeli tiket Piala Malaysia Sabtu ini

23 Apr 2025, 10:10 AM
Motosikal antara hadiah cabutan bertuah pembeli tiket Piala Malaysia Sabtu ini

PETALING JAYA, 23 APRI: Inisiatif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik meningkatkan penjualan tiket final Piala Malaysia 2024/2025 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, hingga 60 peratus.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutf Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Mohd Shazli Shaik Mohd berkata pelbagai hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian secara dalam talian, antaranya motosikal dan skuter elektrik, selain telefon dan jam pintar serta kamera 360 Insta.

“Penjualan tiket final Piala Malaysia menunjukkan perkembangan positif daripada pasukan JDT dan Sri Pahang FC, tambahan pula menerusi inisiatif terbaharu MFL yang memperkenalkan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

“Kami menyeru penyokong JDT dan Sri Pahang FC untuk mendapatkan tiket yang masih dijual hingga hari perlawanan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya MFL-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)-Liga Bolasepak Amatur (AFL) di Wisma FAM di sini hari ini.

MFL menyasarkan penjualan tiket sekurang-kurangnya 80 peratus bagi aksi kemuncak piala berprestij yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.