ad
AGENDA

Kanak-kanak maut, dua cedera kereta dinaiki terbabas

23 Apr 2025, 4:36 AM
Kanak-kanak maut, dua cedera kereta dinaiki terbabas

JOHOR BAHRU, 23 APRIL: Kanak-kanak perempuan maut, dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Adda 5 di Taman Adda Heights di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, Perodua Myvi dinaiki tiga individu itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Izwan Abdullah berkata sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi mendapati tiga mangsa tersepit akibat kemalangan itu.

"Mangsa lelaki berusia 24 tahun cedera dan wanita berusia 23 tahun parah. Mereka tersepit di bahagian hadapan kereta.

"Seorang kanak-kanak perempuan turut ditemui dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya, lapor Berita Harian.

Dua mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan, sementara mayat kanak-kanak perempuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.