ad
AGENDA

PGA rampas lebih 6,000 anak pokok pelbagai jenis buah seludup, berpenyakit

23 Apr 2025, 3:20 AM
PGA rampas lebih 6,000 anak pokok pelbagai jenis buah seludup, berpenyakit

KOTA BHARU, 23 APRIL: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6,400 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan disyaki diseludup dari Thailand menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan anggota Batalion 8 PGA selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira 8 malam.

“Anak pokok tersebut dipercayai berpenyakit dan mempunyai serangga perosak. Pemandu lori berusia 44 tahun juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan atau pergerakan tanaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan termasuk lori digunakan suspek dianggarkan RM790,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.