ad
AGENDA

Lebih 600,000 kanak-kanak Gaza risiko lumpuh, cacat, vaksin polio disekat

22 Apr 2025, 1:00 PM
Lebih 600,000 kanak-kanak Gaza risiko lumpuh, cacat, vaksin polio disekat

GAZA, 22 APRIL: Kira-kira 602,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan risiko lumpuh kekal dan kecacatan kronik susulan penggantungan penghantaran vaksin polio selama 40 hari oleh pihak berkuasa Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan menjelaskan bahawa sekatan terhadap penghantaran vaksin menghalang pelaksanaan fasa keempat usaha memperkukuh pencegahan polio.

Mereka turut memaklumkan bahawa kanak-kanak di Gaza kini berdepan ancaman komplikasi kesihatan serius dan luar biasa akibat kekurangan makanan dan air minuman yang mencukupi.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.