ad
AGENDA

Bayi perempuan dalam kotak diletak di hadapan sebuah rumah

22 Apr 2025, 11:54 AM
Bayi perempuan dalam kotak diletak di hadapan sebuah rumah

BEAUFORT, 22 APRIL: Bayi perempuan ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Brunei, dekat Membakut, di sini pagi tadi.

Bayi itu ditinggalkan dengan pesanan 'ada anak saya dalam kotak ini' 'tolong jaga anak saya, semoga rezeki dipermurahkan' yang ditulis pada penutup kotak.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi yang ditinggalkan itu dengan saksi menyedarinya selepas bangun dari tidur jam 5.40 pagi tadi.

"Saksi memaklumkan menyedari motosikal jenis tidak pasti dengan nombor pendaftaran bermula huruf V berwarna putih berlegar di hadapan rumah, namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Saksi sempat mengintai melalui tingkap dan penunggang motosikal terbabit terus beredar.

"Pada jam 6.10 pagi hari sama, ketika ingin keluar rumah bekerja, saksi ternampak sebuah kotak di hadapan pintu rumah dan selepas diperiksa menemukan bayi bersama tuala dan limau nipis di dalamnya," katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.

Leong Meng berkata, bayi itu kemudian dihantar ke Wad Kanak-kanak Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut, dengan permohonan mendapatkan sampel darah bayi dihantar dan sampel darah diambil pihak hospital untuk tujuan ujian paterniti.

"Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.