ad
AGENDA

44 warga asing ditahan dalam tiga serbuan di Selangor

22 Apr 2025, 11:17 AM
44 warga asing ditahan dalam tiga serbuan di Selangor

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 44 warga asing termasuk lima wanita atas pelbagai kesalahan dalam tiga serbuan di negeri ini semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor Mustaqim Mohamad Noor berkata mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun dan berasal dari Myanmar serta Bangladesh.

“Serbuan di Klang menahan 27 warga Myanmar manakala sembilan warganegara sama ditahan di Subang Jaya, sementara lapan warga Bangladesh di Petaling Jaya.

“Antara kesalahan dilakukan ialah tidak memiliki pas atau permit sah selain melanggar syarat pas atau permit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustaqim berkata mereka dibawa ke Depot Imigresen Semenyih dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.