ad
AGENDA

MB: Negeri serah bantuan sewa, taklimat pembangunan semula Putra Heights Khamis ini

22 Apr 2025, 8:03 AM
MB: Negeri serah bantuan sewa, taklimat pembangunan semula Putra Heights Khamis ini
MB: Negeri serah bantuan sewa, taklimat pembangunan semula Putra Heights Khamis ini
MB: Negeri serah bantuan sewa, taklimat pembangunan semula Putra Heights Khamis ini

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kerajaan Negeri akan menyerahkan bantuan sewa selama tiga bulan serta taklimat cadangan projek pembangunan semula kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights, Khamis ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri juga sudah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan berhubung hasrat membaik pulih kawasan terjejas.

“Langkah seterusnya kita sedang tunggu keputusan Kabinet. Kita sudah hantar kertas cadangan bagaimana untuk baik pulih (kawasan terjejas di Putra Heights).

“Khamis ini kita akan panggil penduduk untuk serahkan sewa tiga bulan dan kita akan maklumkan juga proses pembangunan semula kepada 396 isi rumah yang terlibat,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Usahasama antara Nestle Malaysia dan KDEB Waste Management (KDEBWM) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

[caption id="attachment_697940" align="aligncenter" width="1207"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) selepas Majlis Menandatangani Usahasama antara Nestle Malaysia dan KDEB Waste Management (KDEBWM) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 22 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Amirudin menjelaskan Kerajaan Negeri berusaha sebaik mungkin selain berada di landasan betul menerusi semua proses selepas insiden kebakaran paip gas Petronas itu.

“Kita dalam landasan betul dan kita cuba sebaik mungkin. Kita akan terangkan apakah dan bagaimana projek pembaikan itu. Ada tiga kategori dan kita akan maklumkan dalam taklimat,” katanya.

Dalam kejadian 1 April lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

[caption id="attachment_695724" align="aligncenter" width="1129"] Keadaan lokasi tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 4 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.