ad
AGENDA

Jurutera rugi lebih RM1.1 juta angkara pelaburan tidak wujud

22 Apr 2025, 7:01 AM
Jurutera rugi lebih RM1.1 juta angkara pelaburan tidak wujud

KUANTAN, 22 APRIL: Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan hari ini berkata mangsa berusia 36 tahun, mula melabur pada 3 Dis tahun lepas dan telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun.

“Mangsa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan untuk melabur.

“Namun, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM15,032.53, sebelum pentadbir platform itu memberi pelbagai alasan bagi menghalang pengeluaran hasil pelaburan kononnya melebihi RM4 juta,” katanya.

Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.