ad
AGENDA

PM: Sidang khas Dewan Rakyat bahas isu tarif AS 5 Mei ini

22 Apr 2025, 5:38 AM
PM: Sidang khas Dewan Rakyat bahas isu tarif AS 5 Mei ini

PUTRAJAYA, 22 APRIL: Sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia akan diadakan pada 5 Mei ini.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Ada, 5 Mei,” kata beliau kepada media pada Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina melaporkan pejabat perdana menteri telah mengeluarkan makluman berhubung perkara tersebut.

Tujuan sidang khas ini bagi membolehkan ahli parlimen dari kedua-dua pihak membahaskan isu tarif AS tersebut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.