ad
PBT

Peniaga akur larangan ambil pekerja asing, tumpu warga tempatan

22 Apr 2025, 5:00 AM
Peniaga akur larangan ambil pekerja asing, tumpu warga tempatan
Peniaga akur larangan ambil pekerja asing, tumpu warga tempatan
Peniaga akur larangan ambil pekerja asing, tumpu warga tempatan

KLANG, 22 APRIL: Pemilik gerai makanan bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) akur dengan ketetapan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu berkuatkuasa 1 Jun ini.

K Abraham Kelvin, 41, berkata beliau akan memberhentikan dua pekerjanya berasal dari India bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang atau pembatalan lesen sewaan.

“Kita bukannya tidak mahu ambil pekerja tempatan tetapi ada segelintir mereka tidak rajin sehingga kita ambil warga asing. Namun kini warga asing juga sudah pandai memilih dan kita terpaksa kekalkan pekerja sedia ada.

[caption id="attachment_697829" align="alignleft" width="360"] Peniaga K.Abraham Kelvin,41 ditemui ketika tinjauan larangan menggunakan khidmat pekerja warga asing di sekitar Klang pada 21 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kita bayar pekerja tempatan antara RM100 ke RM120 tetapi masih tiada mahu bekerja. Bagaimanapun, apabila MBDK buat ketetapan ini kita terpaksa akur,” katanya yang berniaga nasi campur sejak 2015.

Sebelum ini, MBDK menguatkuasakan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu di semua gerai dan kios kawasan pentadbirannya mulai 1 Jun ini.

Penguatkuasaan termasuk pemastautin tetap melalui arahan Datuk Bandar Klang melibatkan semua penyewa gerai makanan, minuman dan kios di pasar awam milik MBDK.

Sementara itu, S.Renuga, 44, memaklumkan beliau sudah memberhentikan lima pekerjanya sejak lima bulan lalu apabila menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

[caption id="attachment_697830" align="alignright" width="440"] Peniaga .S.Renuga ,44 ditemui ketika tinjauan larangan menggunakan khidmat pekerja warga asing di sekitar Klang pada 21 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Sekarang saya mengupah pekerja warga tempatan berusia 60 tahun dan ke atas kerana tiada anak muda datang bekerja. Mereka boleh bekerja tetapi tidak sepantas orang muda.

“Namun, tidak mengapa asalkan operasi kedai lancar. Saya berharap MBDK dapat pertimbangkan penggunaan jumlah pekerja asing sama dengan tempatan,” katanya.

Bagi Amelia, 44, pula beliau tidak pernah mengupah pekerja warga asing menjalankan perniagaan di gerai makan di bangunan pejabat cawangan Jalan Tengku Kelana sejak dua tahun lalu.

“Memang pada awalnya ingin mengupah warga asing tetapi saya dan suami memutuskan untuk memilih warga tempatan yang lebih memerlukan dalam meneruskan kehidupan.

“Alhamdulillah, sehingga kini perniagaan nasi kakwok yang kami usahakan berjalan lancar biarpun tanpa pekerja asing,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.