ad
AGENDA

Kanak-kanak perempuan 12 tahun maut terjatuh dari tingkat enam

21 Apr 2025, 2:00 PM
Kanak-kanak perempuan 12 tahun maut terjatuh dari tingkat enam

KUALA LUMPUR, 21 APRIL: Kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada 2.24 petang.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut selain tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.