ad
AGENSI

Setiausaha politik MB terima memorandum penduduk mengenai masalah banjir

21 Apr 2025, 1:30 PM
Setiausaha politik MB terima memorandum penduduk mengenai masalah banjir
Setiausaha politik MB terima memorandum penduduk mengenai masalah banjir

SHAH ALAM, 21 APRIL: Setiausaha politik kepada Dato' Menteri Besar menerima memorandum penduduk Taman Sri Muda berhubung masalah banjir di kawasan berkenaan, hari ini.

Saifuddin Shafi Muhammad memaklumkan memorandum yang diterima ketika tinjauan khas di pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Taman Sri Muda, akan disampaikan kepada Dato' Seri Amirudin Shari untuk tindakan lanjut.

"Tinjauan khas isu aduan banjir Taman Sri Muda berlangsung dan dihadiri bersama wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas, wakil pejabat EXCO Infrastruktur, wakil EXCO Pengurusan Bencana, pengarah JPS, pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB), agensi berkaitan serta penduduk.

"Mesyuarat ini bertujuan menerangkan kerja projek tebatan banjir yang sedang berlangsung oleh Pengarah JPS Selangor Dato' Ir Ts Mohd Nazri Yasmin serta apakah tindakan peringkat Kerajaan Negeri bagi membantu mempercepatkan projek ini disiapkan," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Preakas memaklumkan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau perkembangan projek mitigasi banjir di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pasukan yang turut dianggotai wakil penduduk, ahli majlis dan wakil pejabat Menteri Besar akan memantau projek berkenaan yang dijadual bermula akhir Mei atau awal Jun.

Minggu lalu, beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi sekitar Puchong, Shah Alam, Klang dan Hulu Langat.

EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berkata banjir itu berlaku susulan hujan lebat yang bertembung dengan febomena air pasang besar.

[caption id="attachment_697757" align="aligncenter" width="1249"] Taklimat projek mitigasi banjir bersama wakil rakyat Kota Kemuning S Preakas, Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Saifuddin Shafi Muhammad, wakil penduduk serta wakil beberapa agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 21 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.