ad
AGENSI

Rumah terbuka agensi di bawah pimpinan Raja Muda dihadiri ribuan tetamu

21 Apr 2025, 8:21 AM
Rumah terbuka agensi di bawah pimpinan Raja Muda dihadiri ribuan tetamu
Rumah terbuka agensi di bawah pimpinan Raja Muda dihadiri ribuan tetamu
Rumah terbuka agensi di bawah pimpinan Raja Muda dihadiri ribuan tetamu

Oleh MUHAMMAD REY HAZRIELL

SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Selangor FC, Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), Selangor Youth Community (SAY) serta Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini.

Keberangkatan Tengku Amir Shah yang juga penaung diraja organisasi itu disambut Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini disambut meriah dengan kehadiran ribuan tetamu.

Turut memeriahkan majlis, EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain itu, pemain serta Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi turut memeriahkan majlis.

Tetamu disajikan pelbagai juadah istimewa selain persembahan muzik dan sesi ramah mesra bersama Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_697778" align="aligncenter" width="1224"] Tetamu mengambil juadah di rumah terbuka anjuran Selangor FC dan Yayasan Raja Muda Selangor di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 21 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_697779" align="aligncenter" width="1293"] Majlis rumah terbuka anjuran Selangor FC dan Yayasan Raja Muda Selangor di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 21 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.