ad
AGENDA

Seni Digital tiada roh seperti karya fizikal - Azizi Latif

21 Apr 2025, 8:07 AM
Seni Digital tiada roh seperti karya fizikal - Azizi Latif
Seni Digital tiada roh seperti karya fizikal - Azizi Latif
Seni Digital tiada roh seperti karya fizikal - Azizi Latif

OLEH MUHAMMAD HAZIQ

PETALING JAYA, 21 APRIL: Seni digital yang semakin mendapat tempat dalam industri kreatif tidak memiliki nilai dan jiwa yang sama seperti karya fizikal, kata pelukis terkenal Azizi Latif.

Menurut pemenang Anugerah UOB Painting Of The Year itu, seni yang lahir daripada tangan sendiri mempunyai emosi dan perasaan yang ingin diluahkan oleh artis tersebut.

“Seni digital dan seni yang kita buat sendiri nilainya berbeza dan tidak sama kerana karya itu lahir daripada kita punya rasa, perasaan dan luahan sendiri”, kata Azizi ketika ditemu bual di pameran seninya, Reverie: Unbound.

[caption id="attachment_697772" align="aligncenter" width="626"] Antara hasil seni kreatif Pelukis Azizi Latif yang dipamerkan di 'Reverie Unbound: Unraveled Perspectives' di Fab Cafe Kuala Lumpur, Petaling Jaya pada 19 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Azizi memberitahu setiap seni asal mempunyai roh untuk orang ramai merasai dan roh itu tidak dapat dirasai jika seni itu di cetak seperti lukisan digital di serata dunia.

Meskipun ramai berlumba menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) namun ia hanya mempercepatkan hasil seni tetapi tidak pada keunikannya.

“Zaman sekarang semua berlumba untuk memasarkan karya mereka, dengan AI saya boleh meniru kerja dengan tepat tanpa sebarang masalah tapi nilai dan unik itu tiada”

Azizi menekankan proses pembuatan dan jalan cerita lebih penting daripada hasil kerja.

“Penjualan dan hasil itu adalah perkara kedua dan ketiga, paling penting ialah proses karya dan badan seni tersebut”

[caption id="attachment_697770" align="aligncenter" width="660"] Antara hasil seni kreatif Pelukis Azizi Latif yang dipamerkan di 'Reverie Unbound: Unraveled Perspectives' di Fab Cafe Kuala Lumpur, Petaling Jaya pada 19 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Azizi berkata tiada masalah dalam bersaing bersama seni digital kerana peminat dan pengumpul seni di dunia masih menginginkan seni fizikal.

Pameran seni yang dinamakan “Reverie Unbound: Unraveled Perspectives” oleh Azizi Latif kini berlangsung di FabCafeKL, Petaling Jaya.

Menampilkan teknik unik berasaskan seni kertas dan interpretasi moden terhadap tokoh-tokoh ikonik dunia, pameran ini dilihat sebagai simbol kebangkitan bakat tempatan dalam meneroka seni kontemporari berinovasi.

Pameran Reverie Unbound dibuka secara percuma kepada orang ramai dari 19 April hingga 10 Mei 2025, setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Terdapat pelbagai pameran oleh Azizi Latif ditunjukkan yang bernilai sehingga dua ribu ringgit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.