ad
AGENDA

136 individu termasuk pelajar terkandas, jambatan runtuh di Sungkai

20 Apr 2025, 5:58 AM
136 individu termasuk pelajar terkandas, jambatan runtuh di Sungkai

IPOH, 20 APRIL: Seramai 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan laluan keluar masuk ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong, Sungkai dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site Sungai Klah (Sungkai) terputus, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.46 pagi.

“Mereka yang terkandas ialah 81 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang dan 10 pekerja Buyong Mas Sanctuary Camp Site. 45 individu lagi iaitu 39 dewasa dan 16 kanak-kanak daripada 17 keluarga terkandas di Hot Spring Sg Klah.

“JBPM akan bekerjasama dengan agensi lain untuk membawa kesemua mangsa keluar menggunakan jalan alternatif pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.