SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Negeri membuka permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 kepada jemaah yang layak bermula Selasa ini sehingga 25 Julai depan.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari insentif wang tunai itu yang menyasarkan 6,000 jemaah haji boleh dipohon menerusi pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Program Insentif Haji Muassasah adalah bantuan ibadah haji khusus buat para muslimin dan muslimah di Selangor yang layak. Insentif ini menawarkan sumbangan RM1,000 buat 6,000 jemaah negeri ini.
“Warga Selangor yang berminat untuk mendapat manfaat Insentif Haji Muassasah 1146H/2025 disarankan membuat permohonan di pejabat DUN atau menerusi penyelaras DUN masing-masing. Pastikan anda memohon mulai 22 April dan sebelum permohonan ditutup iaitu 25 Julai 2025,” katanya di Facebook.
Nilai insentif haji dinaikkan kepada RM1,000 mulai tahun lepas berbanding RM500 pada 2022 dan 2023 bertujuan meringankan beban jemaah membuat persediaan ke tanah suci.
Sejak 2022, seramai 12,000 jemaah dibantu oleh Kerajaan Negeri, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 manakala 6,000 jemaah menerima manfaat pada tahun lalu.
Insentif wang tunai RM1,000 diteruskan lagi tahun ini kepada 6,000 jemaah dengan peruntukan sebanyak RM6 juta.
Selangor juga memberi tajaan penuh kepada 75 bakal haji tahun ini, meningkat lebih separuh berbanding 36 individu tahun lalu.