ad
AGENDA

Jangan klik pautan palsu Sumbangan Tunai Rahmah di WhatsApp

19 Apr 2025, 12:58 PM
Jangan klik pautan palsu Sumbangan Tunai Rahmah di WhatsApp

KUALA LUMPUR, 19 April: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

“Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer.

“Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya hanya merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

Sejak semalam, tular menerusi aplikasi WhatsApp satu mesej mengandungi pautan untuk orang ramai membuat semakan dan tuntutan STR.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.