ad
AGENDA

Jelajah kerjaya teratur, peluang kerja tawar gaji setara kelayakan

19 Apr 2025, 8:29 AM
Jelajah kerjaya teratur, peluang kerja tawar gaji setara kelayakan
Jelajah kerjaya teratur, peluang kerja tawar gaji setara kelayakan
Jelajah kerjaya teratur, peluang kerja tawar gaji setara kelayakan
Jelajah kerjaya teratur, peluang kerja tawar gaji setara kelayakan

GOMBAK, 19 APRIL: Karnival Jelajah Jobcare Selangor disifatkan platform pencarian pekerjaan teratur selain menampilkan majikan yang menawar gaji setimpal dengan kelayakan pemohon.

Jurutera proses, Megat Hadif Mohd, 24, berkata proses tawaran kerja di program berkenaan amat lancar, dengan temu duga pertama dilakukan pada hari sama bagi membolehkan tapisan pemohon dibuat.

[caption id="attachment_697520" align="alignleft" width="393"] Megat Hadif Mohd[/caption]

“Saya mencari pekerjaan sebagai jurutera mekanikal untuk mengembangkan lagi kerjaya. Sekarang ini kontrak kerja saya hampir tamat, jadi saya ingin mencari peluang pekerjaan lebih terjamin di sini.

“Selain itu, urusan temu duga juga berjalan lancar. Tawaran gaji agak memberangsangkan (dengan kelayakan), tidaklah rendah atau tidak setimpal seperti diceritakan di media sosial,” katanya.

Beliau antara peserta Jelajah JobCare Selangor 2025 daerah Gombak di Dewan Seri Siantan, Selayang di sini, hari ini.

[caption id="attachment_697521" align="alignright" width="348"] Muhammad Syahirul Akmal Amran[/caption]

Pekerja sambilan, Muhammad Syahirul Akmal Amran, 24, pula berkata beliau yang mencari pekerjaan dalam bidang pentadbiran mencuba nasib hari ini memandangkan banyak tawaran berkaitan di situ.

“Saya tahu program ini melalui kawan. Banyak juga yang sesuai dengan kelayakan saya terutama bahagian pentadbiran dan pengurusan pejabat.

“Gaji yang ditawarkan juga sesuai dengan jangkaan saya sebagai graduan baharu. Proses juga lancar, dari kaunter pendaftaran hinggalah kepada kaunter majikan. Jadi kepada pencari kerja terutama graduan baharu saya cadangkan mereka guna peluang ini,” katanya.

[caption id="attachment_697503" align="alignnone" width="872"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Sumber Manusia V Papparaidu meninjau reruai Karnival Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Seri Siantan Selayang Selangor pada 19 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa meninjau program berkenaan yang menawarkan 4,318 peluang pekerjaan dengan tawaran gaji mencecah sehingga RM13,000.

Kata beliau, 3,074 jawatan kosong yang ditawarkan melebihi paras gaji minimum iaitu RM2,000 sebulan melibatkan kira-kira 26 majikan pelbagai sektor iaitu pembuatan, penginapan dan aktiviti perkhidmatan serta makanan dan minuman.

Sebelum ini, EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata Jelajah Jobcare Selangor yang menjelajah ke sembilan daerah bermula akan menawarkan lebih 40,000 peluang perkerjaan termasuk untuk orang kelainan upaya (OKU) dan bekas banduan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.