ad
PBT

Solidariti mangsa tragedi, MBDK salur sumbangan kepada Tabung Selangor Prihatin

17 Apr 2025, 12:33 PM
Solidariti mangsa tragedi, MBDK salur sumbangan kepada Tabung Selangor Prihatin
Solidariti mangsa tragedi, MBDK salur sumbangan kepada Tabung Selangor Prihatin

Oleh Ufairah Tarmidzi

KLANG, 17 APRIL: Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) membuka tabung khas bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Datuk Bandar Dato’ Abd Hamid Hussain berkata inisiatif itu sebagai tanda solidariti kepada mangsa tragedi dan sumbangan yang dikumpul akan disalurkan kepada Tabung Selangor Prihatin selewat-lewatnya minggu depan.

[caption id="attachment_697243" align="alignleft" width="344"] Dato Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang Dato’ Haji Abdul Hamid Hussain bercakap kepada media  di Majlis Mesra Aidilfitri Bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang 2025 di Dewan hamzah Klang Selangor pada 17 April 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

"Semoga sumbangan kami ini akan meringankan beban mereka yang kehilangan harta benda seperti rumah, kereta dan motosikal.

“Untuk itu, kita akan tengok berapa jumlah yang terkumpul sebelum menyerahkan selewat-lewatnya minggu hadapan kepada Kerajaan Negeri menerusi Tabung Prihatin Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri MBDK 2025 di Dewan Hamzah disini, hari ini.

Terdahulu, Abd Hamid menyerahkan sumbangan hari raya kepada 120 penerima yang terdiri daripada asnaf, miskin tegar, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) dari seluruh daerah Klang.

Tambah beliau, penerima sumbangan raya itu dipilih melalui rekod dan senarai nama oleh setiap ahli majlis kepada mereka yang benar-benar layak.

Dalam pada itu, Abd Hamid turut memaklumkan sambutan Aidilfitri yang diadakan dalam suasana yang sederhana bagi menghormati mangsa akibat kebakaran letupan paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.