ad
AGENSI

MBI, Hijrah Selangor kenal pasti peniaga terjejas, bantu bangkit selepas tragedi

17 Apr 2025, 11:16 AM
MBI, Hijrah Selangor kenal pasti peniaga terjejas, bantu bangkit selepas tragedi
MBI, Hijrah Selangor kenal pasti peniaga terjejas, bantu bangkit selepas tragedi

SHAH ALAM, 17 APRIL: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dengan kerjasama Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) akan membantu peniaga yang terjejas akibat kebakaran paip gas di Putra Heights.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya mengenal pasti beberapa peniaga yang memerlukan dana selain mendaftarkan di bawah Platform Selangor (PLATS) yang menawarkan inisiatif untuk membantu mereka bangkit semula.

[caption id="attachment_697233" align="alignleft" width="363"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Beberapa peniaga menanggung kerugian besar. Setakat ini semua peniaga terjejas dari Kampung Kuala Sungai Baru. Kami masih mengumpul data, mungkin ada ramai lagi yang terjejas untuk dibantu.

“Insya-Allah PLATS menyediakan beberapa inisiatif bagi memberi ruang mereka bangkit semula dalam perniagaan. Yayasan MBI bersama Hijrah Selangor akan bincang jalan terbaik membantu peniaga terkesan,” katanya kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, Azri memaklumkan Yayasan MBI berusaha meringankan beban mangsa terjejas dalam pelbagai jenis sumbangan termasuk membaiki kerosakan rumah.

“Jika tiada pihak lain tampil menghulurkan bantuan, namun keadaan rumah tersebut perlu dibaiki dengan kadar segera, mereka boleh memohon pada Yayasan MBI,” ujarnya.

Kebakaran saluran gas kira-kira 8.10 pagi, 1 April lepas menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.