ad
AGENDA

Suspek kes culik remaja di Seremban direman 14 hari

17 Apr 2025, 4:46 AM
Suspek kes culik remaja di Seremban direman 14 hari

SEREMBAN, 17 APRIL: Seorang lagi suspek direman 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta, 10 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata perintah reman terhadap wanita berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran, pagi ini.

Beliau berkata suspek ditahan 12.55 tengah hari semalam di Cheras, Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

Media sebelum ini melaporkan seorang suspek kes culik remaja perempuan di Seremban pada 10 April lalu ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Susulan itu, enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari bermula 14 April lepas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.