ad
AGENDA

Akhbar Kwong Wah Yit Poh disiasat, muat naik Jalur Gemilang tidak lengkap di Facebook

16 Apr 2025, 1:50 PM
Akhbar Kwong Wah Yit Poh disiasat, muat naik Jalur Gemilang tidak lengkap di Facebook

PUTRAJAYA, 16 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil akhbar Kwong Wah Yit Poh susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini.

MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana kandungan terbabit dimuat naik secara dalam talian.

“Suruhanjaya memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut, sekiranya perlu,” katanya.

MCMC turut memberi amaran tegas kepada semua pihak termasuk media dan orang awam supaya tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh dianggap mempersenda atau memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini. MCMC komited memastikan penggunaan media digital kekal tertib serta menghormati simbol-simbol kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Kwong Wah Yit Poh menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap selepas Sin Chew Daily turut didakwa melakukan perkara sama sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.